Portal berita terbaik anda

Hiburan

Tayang paha gebu, peminat samakan Zizi Kirana dengan Mia Khalifa

Gara-gara memuat naik foto seksi di laman Instagram, penyanyi terkenal Zizi Kirana dikecam teruk oleh netizen.

Foto itu memaparkan Zizi hanya memakai baju kemeja-T labuh berlengan panjang tanpa mengenakan sebarang seluar sehingga menampakkan pahanya yang putih gebu.

Berikutan itu, penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini telah menerima ribuan komen-komen lucah yang ditinggalkan oleh para pengikutnya di Instagram.

Malah, kerana berposing begitu, ada peminat yang menyamakan Zizi seperti pelakon Hollywood berbakat, Mia Khalifa.

Rata-rata komen yang diterima menyifatkan sebagai seorang public figure, Zizi sepatutnya lebih sensitif apabila berkongsi gambarnya bersama peminat di media sosial.

Ini bukanlah pertama kali Zizi, 32 atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil berkongsi gambar-gambar seperti itu di Instagram.

Sebelum ini, dia pernah menimbulkan kontroversi setelah dikatakan sengaja menayangkan lurah payudara di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

In This New Year May Good Luck & Good Fortune Always Be With You..❤️🐼 Gong Xi Fat Cai 2569 😘 • • • #kesayangansia #gongxifatchai

A post shared by Kesayangan Sia🐼 (@zizi_kirana) on

 

View this post on Instagram

 

Dear BALI, U make my heart smile ☺️🐼 • • • #kesayangansia #nakketaknak #bali🌴

A post shared by Kesayangan Sia🐼 (@zizi_kirana) on

Loading...

Leave a Reply