Portal berita terbaik anda

Utama

Ziarah Aildilfitri dibenarkan, terhad dalam negeri sama sahaja – PM

AKTIVITI menziarahi keluarga semasa perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai hanya dihadkan di kalangan keluarga dan jiran dekat dalam negeri sama, kata Muhyiddin Yassin.

Perhimpunan yang dibenarkan itu pula tidak boleh melebihi 20 orang pada satu satu masa, katanya ketika mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),.

Ketiga-tiga perayaan penting tersebut akan berlangsung dalam tempoh PKPB yang dilanjutkan sehingga 9 Jun.

“Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” katanya yang menambah setiap keluaga perlu mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan semasa PKPB.

Ia termasukpenjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti membasuh tangan dan hand sanitizer.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya. – 10 Mei, 2020.

MENYUSUL

Loading...

Leave a Reply