Portal berita terbaik anda

Utama

‘You siapa ask my ID?’ – Pemandu Honda City terbabas, enggan beri kerjasama kepada polis

VIRAL di media sosial sebuah kereta Honda City dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Lebuhraya MEX) sebelum terbabas ke dalam longkang.

Kejadian yang berlaku awal pagi semalam itu sempat dirakam oleh seorang anggota polis berpakaian biasa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Menurut Eijarm Al-Fayed, dia mula mengekori kenderaan itu setelah mendapati pemandu kereta tersebut itu memandu secara berbahaya sehinggalah ia terbabas ke bahu jalan.

Apabila Eijarm cuba memberi bantuan dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu pula meninggikan suara.

“Drunk and argue tak percaya I’m a police officer. Siap raise voice, “You siapa ask my ID?”. Budak perempuan itu siap kata saya tak ada hak.

“Ask my ID, I dah bagi. Siap cakap tak percaya lagi pasal tak pakai uniform. Uniform kat office la badigol. Obstruct my duty as police officer memang mendapatlah.

“Kita niat nak bantu, pastu kena bahasakan pagi-pagi buta. Patutnya terbalik dan terbakar rentung jer tadi dia ni. Pangkat anak-anak aku jer dia ni. Akhirnya mendapatlah bawa balik balai naik Grab Patrol Car,” tulisnya di Facebook.

Loading...

Leave a Reply