Portal berita terbaik anda

Viral

Blogger fesyen Singapura bertukar jadi ‘Rosmah’ sempena Halloween

Seorang selebriti laman sosial di Singapura, yang menggunakan nama ‘Xiaxue’ tampil dengan satu rakaman video solekan yang kelihatan seakan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Apa yang mengejutkan, wanita itu dalam laman Twitternya memuatnaik sebuah rakaman video singkat menunjukkan dirinya dalam solekan yang kelihatan serupa seperti Rosmah dengan kapsyen, “Adakah saya lebih cantik dari Rosmah? Tutorial akan datang.”

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan untuk sambutan Halloween akan datang.

Selain bersolek seperti wajah Rosmah, Xiaxue juga mengenakan baju berwarna oren dengan nombor siri di atas poket kiri berserta nama “Rosmah”.

Manakala dalam Instastories miliknya, Xiaxue mengakui menggunakan sejenis prostetik buatan tangan sebagai asas wajah bagi solekan yang mengambil masa 4 jam untuk disiapkan itu.

Ramai yang menggesa Xiaxue supaya memadam posting dan solekan tersebut manakala ada yang mengambilnya sebagai jenaka.

Xiaxue meminta para pengikutnya agar bersabar dan tunggu supaya dia boleh menyunting video cara bersolek wajah seperti Rosmah sebelum dimuatnaik dalam akaun Youtubenya.

Loading...

Leave a Reply