Waytha Moorthy tiada masalah, kekal sebagai menteri – Tun M

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk menilai semula kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau telah meneliti keputusan penuh inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim dan memutuskan untuk terus mengekalkan kedudukan pengasas Parti Kemajuan Malaysia itu dalam kabinetnya.

“Saya tak nampak ada masalah. Jadi Waytha Moorthy ni saya boleh simpan dia sebagai menteri,” katanya kepada pemberita selepas selesai melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini, hari ini.

Pada Januari lalu, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri yang bertanggung jawab menjaga perpaduan dan integriti nasional selepas menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib.

Ia susulan gesaan beberapa pihak yang mendakwa Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan agar tindakan displin dikenakan terhadap polis yang bertugas sewaktu isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang, pada November tahun lalu.

Loading...

Leave a Reply