Portal berita terbaik anda

Utama

Warna Heineken dah sama dengan warna Pas, kata Kadir Jasin

Bekas Penasihat Media dan Komunikasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Abdul Kadir Jasin mempersoalkan dasar diamalkan Perikatan Nasional (PN) yang diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu-Islam.

Beliau berkata, keputusan membenarkan pengoperasian kilang arak ketika pandemik Covid-19 juga bukanlah satu isu yang besar bagi kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

Malah, tokoh wartawan negara itu turut mengaitkan warna bir Heineken yang hampir menyamai warna bendera Pas.

“Warna bir Heineken keluaran Heineken Malaysia Berhad dekat nak sama dengan warna Pas.

“Kerajaan PN diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu-Islam. Tapi adakah dasar dan amalannya Islamik?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kadir berkata, PN memerlukan hasil cukai yang banyak memandangkan kerajaan ‘tebuk atap’ tersebut mempunyai jumlah bilangan Menteri yang ramai.

Ditambah pula dengan harga petroleum yang menjunam, beliau berkata, PN terpaksa mencari sumber hasil lain sebagai ganti.

“Cukai arak ini tinggi. Dengan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Duta Khas taraf Menteri yang ramai, kerajaan PN tentulah perlukan hasil cukai yang banyak.

“Lagi pun sekarang harga petroleum jatuh merundum. Petroleum adalah sumber utama hasil kerajaan. Jadi kenalah cari sumbar hasil lain sebagai ganti. Arak pun araklah,” katanya.

Loading...

2 Comments

  1. yartsa gunbu

    Pakcik kadirjasin.
    Yeke colour kedua-duanya sama?
    Pd pandangan mata sy, colour heineken nih saling x tumpah srupa dgn colour motosikal roda tiga tok batin.
    X caya , pegi la tanya si rusdi lambretta.
    Kalau Pas punya bendera ,
    ouh.. sy x brani nk mengeluarkan sbarang isu.
    ia nya di luar bidang kuasa sy.
    Harap maaf.

  2. Bermain

    Rumah kata pergi kubur kata mari..rambut sudah putih..hmmm..faham2lah Pak Kadir oi

Leave a Reply