Portal berita terbaik anda

Jenayah

Warga emas temui ajal di tangan anak sendiri

SEORANG wanita maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian amuk di Taman Impian, Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, dua lagi individu dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, suspek yang berusia 38 tahun dikatakan menikam ibunya, 62, di rumah mereka.

Suspek dipercayai ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Penduduk Taman Impianku, Abd Halim Othman, 52, yang juga saksi di tempat kejadian berkata, kira kira jam 10.30 pagi tadi, dia dan beberapa rakannya sedang minum di kedai kopi berhampiran telah melihat suspek sedang menolak seorang wanita dengan kerusi roda.

Curiga dengan situasi itu dia mendekati suspek untuk bertanya apa yang berlaku, namun sebaik mendapati suspek memegang pisau dan ada kesan darah pada leher mangsa serta baju suspek, dia terus menghubungi polis.

Pada masa sama suspek meluru dan menikam dua individu lain iaitu seorang wanita dan seorang lelaki dewasa yang sedang menaiki motosikal di kawasan itu dan dipercayai mereka mempunyai talian kekeluargaan.

“Apabila nampak suspek bertindak begitu saya dan rakan-rakan bergelut dengannya dan berjaya melepaskan pisau daripada tangannya.

“Kami ikat mangsa di tepi jalan supaya dia tidak bertindak lebih agresif dan tunggu kedatangan polis,” katanya.

Loading...

Leave a Reply