Portal berita terbaik anda

Utama

Warga emas sertai program tabligh di Sulawesi korban terbaharu Covid-19

PUTRAJAYA – Seorang warga emas yang menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi pada pertengahan bulan lalu menjadi korban terbaharu koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 63 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa merupakan kes positif ke 3,794 melibatkan lelaki berumur 71 tahun dan berasal dari Perlis.

“Dia menghadiri perhimpunan itu selama tujuh hari bermula 17 Mac dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia jam 11 malam semalam,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 170 kes baharu.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 3,963 kes,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Loading...

Leave a Reply