Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita mengamuk kerana depresi anak meninggal dan diceraikan suami?

Semalam tular sebuah video di media sosial yang kelihatan seorang wanita bertindak kasar dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, wanita itu bertindak sedemikian setelah kenderaan miliknya ditunda kerana diletakkan di tempat yang tidak sesuai.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Francis Ngu Hown Hua memuat naik sebuah paparan skrin daripada individu lain yang mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan seorang guru di sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Individu tersebut iaitu Firdaus Omar mendakwa, wanita terbabit dikatakan mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak keduanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan.

Firdaus turut mendakwa bahawa wanita itu diceraikan suaminya selepas lelaki berkenaan bertindak untuk berkahwin lain dan membawa anak tinggal bersama.

“So dia makin tertekan. Kerajaan hantar dia ke Bandar Baru Sungai Buloh sebab parents dia orang Merbau Sempak. Kadang-kadang dia ni lupa ambil ubat,” tulis Firdaus.

Posting dikongsi Francis itu turut meminta orang ramai agar mengambil tindakan terhadap video tular yang dimuat naik oleh Nicholas Tan selepas mendakwa sengaja meraih perhatian tanpa mengetahui situasi sebenar.

Terdahulu, video tersebut mendapat 22,000 perkongsian dan 12,000 komen netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan wanita itu diluar jangkaan selain menghalang tugas anggota penguat kuasa.

Loading...

Leave a Reply