Wanita kongsi rahsia tampil menawan selepas berjaya turun 24kg berat badan

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencapai berat badan ideal. Salah satu cara sihat yang boleh dipraktikkan dan terbukti berkesan adalah dengan mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS).

Tanpa perlu menyingkirkan nasi dari senarai menu pun, anda boleh menurunkan berat badan jika kena pada caranya.

Salah seorang yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara DSSS ini Nur Rasyiqah yang berjaya mengurangkan berat badannya daripada 87 kilogram kepada 63 kilogram dalam tempoh 4 bulan sahaja.

Nak tahu bagaimana? Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Tips pemakanan yang Syiqah amalkan dan rutin harian

Sarapan, 8 pagi

  • telur rebus 2 biji atau 3 biji
  • telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak

Snacking, 10 pagi

  • Syiqah ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu
  • Kacang (bakar)

Makan tengah hari, 1 atau 2 petang

  • nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi
  • lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam
  • sayur (salad atau timun Jepun ), janji ada fiber (serat), tak tumis-tumis, sayur sahaja.

Makan malam, 6 petang atau 8 malam

Makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.

Bila berdiet, tak sah jika tidak disertakan dengan senaman. Kedua-duanya perlulah seiring. Nak tahu apa aktiviti senaman yang diamalkan saudari Rasyiqah? Jom baca.

Senaman

Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.

Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:

  • Plank
  • High knees
  • Jumping jack
  • Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)

Waktu bersenam:

15 – 30 minit minimum
40 minit – 1 jam maksimum

Pantang larang

Kongsi Rasyiqah, dia kurang menggemari konsep cheatday, terutamanya jika khuatir tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.

Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day. Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik.

Sebab cheat kadang-kadang orang tak sedar boleh rosakkan diet seminggu. Seharian kita bebas makan apa je kita nak, jadi pengambilan kalori kita dalam tak sedar mungkin dah berlebihan, jelasnya.

Bagaimanapun, kongsi Syiqah, dia berkata tiada masalah bagi mereka yang yakin mampu untuk mengawal diri agar tidak berlebihan ketika cheat day.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤️ (@rasyiqah_azhar)

Loading...

Leave a Reply