Kadang-kadang, perhubungan yang dijaga selama bertahun-tahun boleh terlerai sekelip mata. Namun, bukan semua tali silaturrahim yang terbina akan dibiarkan putus hingga ke akhir hayat.
Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita di Twitter mengenai kisah bekas teman lelakinya.
Bekas kekasih datang tengok baby
Menurut Miss Erin Kayy, dia baru sahaja melahirkan anak dan bekas teman lelakinya datang menziarahi bayinya sambil membawa hadiah.
Kedatangan lelaki itu dianggap begitu bermakna kerana perhubungan mereka terputus di tengah jalan walaupun sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta.
ANUGERAH EX PALING RARE 2019
Serious la EX boypren aku paling latest sebelum aku kahwin datang lawat tengok anak aku 😂 Ex terbaik ni 😂 Bercinta dengan dia 4tahun+ , pastu aku putuskan dia . Aku kahwin dengan bestfriend aku yang aku kenal 4tahun+ , pastu aku diceraikan . pic.twitter.com/fM3AJ7YTX2
— Baby🦋 (@MissErinKayy) November 21, 2019
Tinggal boyfriend, kahwin dengan kawan baik
Tambah wanita itu, kisah hubungan mereka seolah-olah seperti drama televisyen kerana bekas teman lelakinya masih lagi baik dan tidak menyimpan dendam walau sedikit pun.
Miss Erin berkata, dia telah diceraikan suami dengan talak tiga selepas tiga bulan bernikah. Akur dengan nasib menimpa, dia kekal tabah mengharungi tempoh mengandung seorang diri.
Dia sikit tak ejek bila aku bercerai…
Allah dah susun cantik perjalanan kami
Korang get back je la
Sementara itu, netizen yang membaca perkongsian ibu muda berusia 21 tahun itu mencadangkan agar dia kembali menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelakinya.
Mereka juga berharap agar kisah yang berlaku ke atas Miss Erin menjadi pengajaran buat lelaki dan wanita di luar sana agar menghargai pasangan masing-masing.
Pengajaran untuk hubungan akan datang
Lelaki kalau dah sayang…
powerBank
stdy lelaki tu, tpi muskil jgk bru 3 bulan kawin dh besalin, gara² apa tu kena cerai.