Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita disyaki bawah pengaruh alkohol langgar dua motosikal

PETALING JAYA – Polis hari ini berjaya memberkas wanita yang memandu kereta Toyota Vios yang merempuh dua penunggang motosikal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang dalam kejadian semalam.

Usaha memberkas pemandu kereta tersebut telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 1.04 saat memaparkan penunggang motosikal mengajak wanita berkenaan membuat laporan polis sebaik insiden berlaku.

Wanita itu turut mengaku dia ada mengambil minuman keras sedikit sebelum diminta memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, namun dia bertindak memecut laju kenderaan meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, BSPT menerima laporan kemalangan yang viral itu sekitar pukul 12.41 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal Yamaha Avantis dikatakan berhenti di tepi jalan bagi membantu penunggang motosikal jenis Harley Davidson yang mengalami kerosakan.

“Secara tiba-tiba, kereta Toyota Vios yang dipandu wanita tempatan itu menghimpit kedua-dua buah motosikal tersebut dan berhenti sebentar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu enggan memberikan kerjasama dan memecut laju kenderaannya dari tempat kejadian.

“Salah seorang penunggang motosikal sempat merakam aksi pemandu kereta tersebut yang enggan memberikan kerjasama,” ujarnya.

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta yang berusia 52 tahun itu disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan kedua-dua mangsa dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply