Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita dedah kisah adik kemurungan teruk sampai kena tahan di wad mental

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan khabar pemergian atlet renang dari Sarawak, Aryton Lim dipercayai akibat kemurungan.

Namun kisah Aryton ini bukan satu-satunya kematian akibat tekanan perasaan yang pernah kita baca, kerana situasi sama turut berlaku di seluruh dunia.

Mungkin ia masih lagi dianggap sebagai perkara yang memalukan dalam kalangan masyarakat kerana sering dikaitkan dengan gila, mental dan tidak waras, penghidapnya lebih memilih untuk memendam sendiri masalah yang mereka hadapi tanpa menyedari ia akhirnya akan membawa mudarat kepada diri mereka sendiri.

Seorang pengguna Twitter, @shifahusnie ada berkongsi kisah dialami adiknya sendiri yang terpaksa bergelut dengan kemurungan.

Bermula hanya dari lukisan pelik!

Jelasnya lagi, perkongsian ini adalah untuk membuka minda orang ramai mengenai kesedaran dan cara untuk uruskan orang yang mempunyai masalah yang sama sepertinya.

Adik baru umur 17 tahun…

Tanya soalan pelik, “Allah tu wujud ke?”

Menangis, menjerit sorang-sorang dalam bilik!

Dia banyak pendam , terlalu overthinking…

Mengamuk, marah dan pukul orang tak tentu pasal!

Makin hari makin teruk, ibu dah mula putus asa…

Adik tahu dia tak dapat kawal diri…

Akhirnya kena tahan ke wad mental

Ibu menangis, berdoa sepanjang adik kena tahan

Alhamdulillah, keluar wad terus peluk ibu…

Gadis itu juga menyarankan agar orang ramai sentiasa menjaga kata-kata mereka apabila berbicara dengan seseorang.

Apa yang paling penting, jangan membanding-bandingkan kisah kehidupan orang lain dengan diri pesakit kerana ia boleh menjadikan keadaan menjadi lebih parah.

Penyakit kemurungan ini bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai gurauan. Diharapkan segalanya akan dipermudahkan urusan dan Shifa Husnie sekeluarga sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

Loading...

1 Comment

  1. NURUL `ATIQAH BINTI AZHAR

    boleh saya tahu kehidupan masa kecil macam mana ye?

Leave a Reply