‘Wani cuma bergurau, takkan itu pun nak marah’ – Gadis kutuk Johor mohon maaf

MEDIA sosial sepatutnya menjadi medium untuk berkongsi perkara yang positif dan bermanfaat, namun segelintir individu yang menjadikannya sebagai tempat untuk menghina dan menyakiti hati orang lain.

Baru-baru ini, seorang gadis yang dikenali sebagai Wanikokrosh telah memuat naik video berbaur penghinaan terhadap rakyat Johor di Instastory miliknya sehingga mengundang kemarahan netizen terutamanya mereka yang berasal dari negeri itu.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan Wani sedang bersiar-siar di tepi jalan sebelum mengeluarkan kata-kata ‘babi’ dan ‘sial’ terhadap orang Johor.

“Bestnya kat Johor, ada donut kat tepi jalan. Seronoknya boleh makan kalau lapar. Mesti orang Johor tak puasa kan? Macam b*b* je Johor ni, Johor s**l,” katanya.

Gara-gara kenyataan itu, ramai pihak tidak berpuas hati lalu ‘menyerangnya’ di Instagram.

Tidak lama selepas itu, Wani menyedari perbuatannya telah membuatkan ramai pihak tersinggung sebelum dia memadam video berkenaan dan tampil membuat permohonan maaf.

Gadis itu  mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyunting video berkenaan sehingga menampakkan dirinya seolah-olah menghina negeri Johor.

“Wani nak minta maaf sangat-sangat tapi Wani tak ada niat pun nak kutuk negeri Johor sebab kat belakang story tu pun Wani ada cakap ‘eh tak ada lah gurau je’ tapi ada sesetengah pihak yang upload video tersebut dan potong part gurau berkenaan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lipashh (@wanikokroshh)

Wani juga telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti itu selepas ini.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *