Portal berita terbaik anda

Utama

Virus misteri terus merebak di China, angka kematian kini enam orang

BEIJING – Angka kematian akibat koronavirus baharu (New Corona Virus – NCOV) kini meningkat kepada enam mangsa di China.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa tempatan selepas virus itu merebak dengan cepat dan mengakibatkan kira-kira 300 mangsa dijangkiti ketika ini.

Kerajaan China turut mengumumkan penangguhan perayaan Tahun Baharu Cina di Wuhan yang dijangka disertai ratusan ribu rakyatnya di bandar itu.

Agensi Pelancongan di Wuhan juga diarahkan tidak membawa keluar pelancong dari bandar itu bagi mencegah penyebaran virus misteri berkenaan.

Sistem pengesan haba dan saringan turut ditambah di sekitar kawasan awam, manakala polis trafik turut menjalankan pemeriksaan kenderaan yang keluar dan masuk bagi memastikan tiada haiwan ternakan dibawa keluar dari Wuhan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Bandar Wuhan, lapor media tempatan mendapati virus itu boleh disebarkan menerusi haiwan dan makanan laut.

Sehingga kini, 270 mangsa dijangkiti virus itu di Hubei, 14 di Guandong, lima di Beijing dan dua di Shanghai.

NCOV juga dilaporkan tersebar di luar China, dengan Jepun, Korea Selatan dan Thailand sudah mengesahkan kes di negara masing-masing.

Loading...

Leave a Reply