Portal berita terbaik anda

Viral

Video tular pemandu Naza Forte halang laluan ambulans

Dugaan buat seorang pemandu ambulans bernama Azman apabila terpaksa berdepan dengan karenah pengguna jalan raya yang enggan memberikan laluan di waktu kecemasan.

Video rakaman dashcam yang tular di media sosial itu memaparkan sebuah kereta jenis Naza Forte telah menghalang laluan ambulans yang dipandu oleh Azman.

Ambulans yang pada mulanya berada di lorong kanan terpaksa menukar laluan ke lorong tengah disebabkan jalan raya yang sesak.

Namun cubaan Azman untuk memandu ambulans itu dengan lebih pantas terhalang oleh Naza Forte di hadapannya.

Kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian dilihat turut memberi kerjasama dengan bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada Azman, namun kereta Naza itu langsung tidak berganjak walaupun lampu dan siren sudah dibunyikan.

Lebih dahsyat apabila kereta Naza itu dilihat terus kekal berada di laluannya meskipun Azman telah berulang kali menyebut nombor plat kereta itu supaya beralih ke kiri bagi membuka laluan.

Menurut Azman, kejadian itu telah berlaku pada 10 Mac di Lebuhraya Persekutuan, sewaktu dia sedang dalam perjalanan ke sebuah hospital yang terletak di ibu negara.

Sehubungan itu, Azman menasihati orang ramai agar lebih peka dan memberi ihsan kepada pasukan frontliner yang sedang bertugas dan lebih menyedihkan apabila masalah ini dikatakan sering kali terjadi kepada mereka.

“Kami bukan suka-suka gunakan siren dan beacon (lampu mata arah). Kami ada pesakit didalamnya.

“Ini masalah yang kami, pemandu ambulans sentiasa hadapi,” katanya.

Semoga lepas ni masyarakat kita akan lebih peka dan boleh beri kerjasama, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi seperti ini.

Loading...

Leave a Reply