Portal berita terbaik anda

Utama

Video bocor dedah Muslim Uighur diikat, ditutup mata dan dicampak ke kem tahanan

SEBUAH video menggerunkan telah dimuatnaik yang memaparkan ratusan tahanan diikat dan ditutup mata diarak pergi ke kem tahanan.

Rakaman tersebut menunjukkan Muslim Uighur ditahan beramai-ramai di stesen keretapi oleh polis China.

Kumpulan hak asasi manusia telah mendakwa Parti Komunis Cina memenjarakan hampir sejuta rakyat Uighur di kem tahanan di Xinjiang.

Klip video tersebut, yang tidak dapat ditentukan pemiliknya, dimuat naik ke Youtube dalam sebuah akaun baru yang bernama War on Fear.

Pasukan keselamatan Eropah mengatakan bahawa rakaman tersebut adalah benar dan berkemungkinan dirakam pada awal tahun ini.

Analisis kebenaran video tersebut juga telah dimuat naik ke Twitter oleh penyelidik Australia. Beliau juga mengesahkan bahawa rakaman itu benar.

Parti Komunis Cina bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya sebarang ‘tuduhan’ penindasan ke atas masyarakat Xinjiang sebaliknya mengatakan kem–kem tersebut hanyalah pusat ‘mendidik semula’ yang melatih kemahiran kendiri.

Kenyataan ini bercanggah dengan perakuan bekas ‘banduan’ yang mengatakan mereka diseksa fizikal dan mental serta dipaksa meninggalkan pegangan agama Islam dan melafaz sumpah setia kepada negara.

Parti Komunis China sebelum ini pernah membandingkan Islam sama seperti ‘wabak berjangkit’ dan mengatakan mereka yang dipilih untuk ‘dilatih semula’ telah dijangkiti penyakit ideologi tersebut.

Menteri Agama Malaysia, Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun sebelum ini pernah mengatakan ‘concentration camp’ (kem tahanan) sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’

Loading...

Leave a Reply