Portal berita terbaik anda

Utama

Video bendera Malaysia bintang lima bucu tular di laman sosial

Belum reda isu Jalur Gemilang digantung terbalik, tular pula video majlis perasmian satu kejohanan yang sekali lagi memperlekehkan dan menghina Jalur Gemilang.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook itu memaparkan bendera Malaysia ditayang pada skrin sambil lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan.

Bagaimanapun, Jalur Gemilang yang dipaparkan di skrin itu jelas ‘cacat’ apabila bintang pecah 14 yang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan diubah menjadi lima sahaja.

Difahamkan, video berdurasi 1 minit 40 saat itu dirakam ketika Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang didakwa di bawah kelolaan Malaysian Basketball Association (MABA).

Video di laman Facebook itu mendapat lebih 250 perkongsian dan kecaman daripada netizen yang rata-ratanya marah kepada penganjur kerana tidak peka dengan kesilapan berkenaan.

“Bintang lima kan bendera China. Ada makna mereka buat begitu,” tulis Azuki M Salleh.

“Penganjur wajib dikenakan tindakan keras kerana sengaja menghina kedaulatan negara,” tulis Ha Lim.

Setiap elemen dan aspek yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang mempunyai huraian tersendiri yang melambangkan agama Persekutuan, Raja-Raja, perpaduan, keberanian dan kesucian serta keluhuran.

Bulan dan bintang juga membawa makna agama Islam sebagai agama Persekutuan, sementara pecahan bintang itu juga memberi makna perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Loading...

Leave a Reply