Portal berita terbaik anda

Utama

Vape tingkat risiko penyakit paru-paru sebanyak 30 peratus

CHICAGO: Kerap menggunakan rokok elektronik (e-rokok) meningkatkan risiko mendapat penyakit paru-paru kronik seperti asma atau emfisema, kata penyelidik Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kajian itu, diterbitkan dalam ‘American Journal of Preventive Medicine’, antara yang pertama menunjukkan potensi bahaya penggunaan e-rokok dalam jangka panjang, sering dipromosi sebagai alternatif lebih sihat berbanding tembakau dan cara membantu perokok berhenti merokok.

Ia mendapati, e-rokok meningkatkan risiko penyakit paru-paru kepada satu pertiga berbanding mereka yang tidak pernah merokok atau menggunakan vape. Malah, risikonya lebih tinggi di kalangan dewasa yang menggunakan e-rokok dan rokok tembakau.

Penyelidikan itu dibuat ketika AS berdepan krisis penggunaan vape di kalangan belia.

Menurut Pusat Kajian Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), lebih 27.5 peratus pelajar sekolah tinggi di negara itu menggunakan e-rokok, meningkat berbanding 20.7 peratus pada 2018.

“E-rokok dipromosi sebagai tidak berbahaya dan ia sebenarnya tidak benar,” kata Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Kawalan Tembakau San Francisco, Universiti California menerusi temu bual telefon.

Glantz dan rakannya menggunakan data 32,000 golongan dewasa ditinjau dalam Penilaian Penduduk Berkaitan Kesihatan dan Tembakau CDC (PATH) yang mengesan tabiat e-rokok dan tembakau serta diagnosis baharu penyakit paru-paru dari 2013 hingga 2016.

Tiada siapa mendapat penyakit paru-paru pada permulaan kajian. Tiga tahun kemudian, penyelidik mendapati, individu yang menggunakan e-rokok secara kasar mempunyai 30 peratus risiko meningkat mendapat penyakit paru-paru seperti asma, bronkitis, emfisema atau penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) berbanding mereka yang tidak pernah merokok atau menggunakan vape. -Reuters

Loading...

Leave a Reply