Portal berita terbaik anda

Viral

Kesian penat urus anak-anak, Ustaz Ebit Lew hadiahkan telefon baru buat isteri

BAGI menghargai ‘orang rumah’ yang telah berpenat lelah menguruskan keluarga dan anak-anak, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew melakukan kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah iPhone 11 Pro Max.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, beliau berkata isterinya sudah lama tidak mempunyai telefon bimbit untuk berhubung antara satu sama lain.

“Dekat Penang. Tak dapat nak call bidadari. Telefon takde. Terus belikan bidadari saya phone baru. Dah lama gak takde phone.

“Nak buat surprise buat bidadari tercinta. Kasihan hari-hari penat uruskan keluarga dan anak-anak. Tak dapat nak balas jasamu bidadariku.

“Orang jumpa saya selalu cakap terima kaseh. Puji saya. Ada kata saya pendakwah. Pendakwah sebenar ialah ibu bapa saya. Pendakwah sebenar bidadari saya.

“Bidadari saya yang urus anak ke sekolah. Ajar anak fatihah. Teman anak belajar setiap hari. Sebelum tidur siap iron baju anak-anak. Buat Talim dengan anak. Cerita kisah sahabat rhum dan bimbing anak baca doa tidur.

“Bangun pagi awal masak untuk anak-anak. Siapakan mandikan anak semua setiap hari. Hantar anak pergi sekolah. Allahu.

“Subhanallah begitu kuatnya dirimu duhai isteri. Duhai bidadariku. Begitulah ramai wanita diluar sana. Wahai anakku hargai dan sayangilah ibumu. Jagalah dirinya. Ya Allah betapa diriku cinta dan sayang padanya.

“Cintai dan jagalah dirinya. Rindunya pada bidadari dan anak-anak. Ya Allah rahmatilah isteri,bidadari, wanita yang kau beri cinta dalam hati mereka buat suami dan anak-anak.” tulisnya.

Loading...

Leave a Reply