Portal berita terbaik anda

Utama

Ustaz Ebit Lew dipersoal kerana tidak ikut penjarakan sosial

Usaha pendakwah bebas Ebit Lew yang membantu individu dalam kesusahan termasuk para petugas barisan hadapan negara tidak dinafikan sering menerima pujian ramai.

Bagaimanapun, terdapat pihak mempersoalkan tindakan Ebit ketika menghulurkan bantuan yang dikatakan tidak mengikut penjarakan sosial sekaligus mengundang bahaya jangkitan wabak Covid-19.

Seorang individu hari ini di media sosial memuat nak foto Ebit memberi bantuan kepada orang ramai sambil mempersoalkan tindakannya yang didakwa tidak mengikut penjarakan sosial.

“Demi sebuah perbincangan. Jom kita bercapa mengenai penjarakan sosial. Ramai termasuk (aku) persoal timbalan menteri kesihatan sebab tak amal penjarakan sosial ketika serah bantuan pada maahad tahfiz.

“Tapi kenapa kita tidak peduli apabila Ebit Lew lakukan perkara serupa?” soalnya pemilik akaun Twitter bernama Asrul Muzaffar.

Sebelum ini, Ebit sering kali dilihat tampil memberi bantuan kepada golongan memerlukan termasuk golongan warga tua, kanak-kanak dan para petugas barisan hadapan negara.

Terdahulu, warga maya tampil memberi pelbagai pandangan mengenai tindakan Ebit yang dikatakan melanggar arahan dikeluarkan pihak berkuasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik akaun bernama Lat Jebat misalnya berpandangan, tindakan Ebit tidak menjadi isu besar kerana beliau sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan sering melakukan kerja amal.

“Pada pandangan peribadi, ini kerana ustaz Ebit Lew sering melakukan kerja amal dan ramai kalangan warga maya tahu pendekatan diambilnya. Walaupun penggunaan penjarakan sosial tidak diambil, orang ramai tahu sikapnya yang telus dalam melakukan kebajikan,” katanya di Twitter.

Sebelum ini, tindakan beberapa individu kenamaan turut dipersoalkan kerana didakwa tidak mengikut penjarakan sosial ketika memberi sumbangan kepada orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memberi amaran kepada mana-mana individu agar mengikut peraturan ditetapkan sepanjang PKP atau berdepan tindakan tegas undang-undang.

Loading...

Leave a Reply