Usia 104 tahun, Tok Wan masih kerah kudrat cari udang di laut

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu itu pemalas sedangkan ianya tidak benar sama sekali.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak telah membuatkan bangsa lain memandang rendah terhadap kaum Melayu.

Orang Melayu sebenarnya rajin malah ada yang masih bekerja walaupun sudah lanjut usia.

Di Langkawi, seorang wanita warga emas berusia 104 tahun masih gigih melakukan aktivi nelayan demi mencari sesuap nasi.

Warga emas yang mesra disapa Tok Wan itu akan turun ke laut setiap hari untuk mencari udang yang akan diproses untuk dijadikan belacan.

Belacan itu kemudiannya dijual kepada penduduk setempat atau pelancong yang berkunjung ke Pulau Tuba, Langkawi.

Kisah kecekalan Tok Wan ini telah menarik perhatian netizen yang mahu mengetahui lebih lanjut akan dirinya.

Menurut seorang netizen, walaupun Tok Wan mempunyai keluarga termasuk cucu, dia tidak suka menghabiskan masa seharian tanpa membuat apa-apa.

Dia menganggap dirinya masih mempunyai kudrat untuk bekerja tanpa mengharapkan bantuan dari sesiapa.

Netizen berpendapat kisah Tok Wan ini wajar diketengahkan kepada golongan muda agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mengubah masa depan.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *