Portal berita terbaik anda

Viral

Usahawan terkenal ditegur bazirkan susu tepung anak demi video ‘parodi’

Membazir itu amalan syatian. Namun, seorang instafamous yang juga usahawan terkenal menganggap pembaziran itu satu perkara biasa.

Baru-baru ini, warga Twitter kecoh apabila pemilik butik @hafizhamids memuat naik sebuah video memaparkan isterinya Leeyana Rahman membuang susu tepung anak di atas meja.

Difahamkan, video itu hanyalah ‘parodi’ bagi menunjukkan perangai suami ketika melakukan kerja rumah.

Namun, seorang pengguna Twitter @NadiaAzlan berkongsi ciapan di Twitter menegur perbuatan wanita berkenaan.

“Ada parents kat luar sana yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis, ada yang terpaksa bagi anak minum air kosong.

Jangan lah sebab nak kejar clout, sanggup buang susu anak demi content semata. Makanan tu rezeki Allah, jangan dibuat macam tu,” tegur @NadiaAzlan.

Menurut @NadiaAzlan, video tersebut seakan tidak sensitif dengan situasi dihadapi oleh ibu bapa lain yang terpaksa memberi anak minum susu pekat manis dan air kosong sahaja.

Netizen juga dilihat bersetuju dengan teguran @NadiaAzlan dan mengecam tindakan usahawan jenama muslimah popular itu yang disifatkan sebagai ‘publisiti murahan’.

Sebenarnya memang tak salah nak buat video parodi, tetapi isi ‘content’ haruslah bersesuaian dengan keadaan semasa dan sensitiviti masyarakat.

Lebih elok jika ia digarap dengan nilai moral yang baik, supaya boleh dijadikan sebagai contoh dan tauladan buat penonton.

Harap-harap teguran warganet ini boleh membuka mata dan menjadi satu pengajaran buat golongan bergelar ‘influencer’ di luar sana.

Loading...

Leave a Reply