Portal berita terbaik anda

Utama

Usahawan kosmetik terkenal disyaki pukul anak angkat

SEORANG usahawan kosmetik terkenal disyaki memukul anak angkatnya dalam satu kejadian pada 28 Februari lalu.

Difahamkan kejadian berlaku di kediaman usahawan kosmetik itu di Petaling Jaya, sebelum pembantu rumahnya membuat laporan polis, sehari kemudian.

Sumber berkata, usahawan terbabit dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis.

“Menurut pengadu, selepas kejadian itu, suspek ada memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa selain mengarahkan memukul kanak-kanak terbabit.

“Namun, dia mendakwa tidak menurut arahan berkenaan kerana bimbang kanak-kanak itu cedera sebelum suspek memukul mangsa menggunakan kasut di badan serta mencubitnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Loading...

Leave a Reply