Portal berita terbaik anda

Utama

Uncle Kentang bantu ibu daif lapan anak, kini peniaga nasi lemak berjaya

KUALA LUMPUR — Menempuh kehidupan sukar termasuk menghadapi masalah hutang tidak mematahkan semangat ibu lapan anak meneruskan hidup.

Namun, kehidupan Mareeya berubah selepas beliau dibantu badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin akan nasibnya dengan memberi modal memulakan perniagaan nasi lemak.

Dikenali sebagai “Uncle Kentang”, presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (COP) membantu kehidupan Mareeya, malah beliau memuji Mareeya atas keyakinan dan usaha gigihnya.

Kuan Chee Heng berkata beliau bertemu Mareeya empat tahun lalu selepas mendapat tahu wanita itu dan anak-anaknya memerlukan bantuan segera.

“Saya ke rumah mereka di kawasan Bukit Jalil dan mengetahui elektrik dan air dipotong kerana tidak membayar bil,” katanya.

“Saya ingat lagi semasa bulan Ramadan dan saya tahu dia (Mareeya) tidak ada makanan untuk berbuka puasa.”

Kuan kemudian melangsaikan bil dan mendapatkan kembali bekalan elektrik dan air melalui inisiatif “Tabung Kentang” yang diusahakannya.

Terus membantu wanita tersebut, beliau turut memberi sedikit wang untuk Mareeya memulakan perniagaan gerai nasi lemak.

“Kami kemudian beli sebuah Proton Wira terpakai untuk memudahkan pengangkutan dan juga wang secukupnya untuk keluarganya,” kata Kuan.

“Semuanya dihabiskan sekitar RM10,000,” katanya yang bersyukur dengan kejayaan wanita tersebut

Mareeya kini membuka gerai nasi lemak di stesen minyak Shell dekat lebuh raya South Klang Valley (SKVE) Expressway menghala ke Serdang sejak empat tahun lalu.

Loading...

Leave a Reply