Portal berita terbaik anda

Politik

Umno tolak cadangan lantik Najib jadi ketua umum

Umno berpendapat cadangan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua umum parti itu sebagai tidak boleh diterima.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu berpendapat saranan tersebut – yang diilhamkan seorang pemimpin di peringkat bahagian – tidak dapat dilaksanakan.

Malah kata Annuar idea itu tidak sesuai untuk dilaksanakan parti terbabit.

“Cadangan itu tidak relevan dan tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh ditanya mengenai pandangan parti terhadap sasaran Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Kata Jamal, Najib – yang kini berdepan lebih 20 tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah – boleh dilantik sebagai ketua umum Umno.

Setakat ini jawatan seumpama itu lebih sinonim dengan PKR apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk dengan status berkenaan.

Bagaimanapun Anwar sudah diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti itu baru-baru ini.

Portal Malaysian Gazette melaporkan cadangan Jamal itu sebelum ini.

Pada pandangan ketua kumpulan Baju Merah itu, Najib selalu bersuara lantang dalam pelbagai isu dan pelantikannya sebagai ketua umum boleh mengembalikan keyakinan penyokong Umno kepada parti berkenaan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pendirian parti Annuar berkata tiada peruntukan untuk melantik seseorang menjadi ketua umum dalam Umno.

“Ia tiada dinyatakan dalam perlembagaan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply