Portal berita terbaik anda

Utama

Ular sawa ditangkap di Pasar Payang

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seekor ular sawa sepanjang 10 kaki ditemui ketika kerja gotong royong dijalankan di Pasar Payang, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh sekumpulan peniaga yang terlibat dengan program gotong royong di pasar berkenaan.

“Saya terkejut apabila diceritakan tentang seekor ular sawa yang besar (boleh menelan seekor kambing) oleh sekumpulan peniaga yang melakukan kerja gotong royong itu.

“Ular berkenaan berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah dihubungi oleh peniaga-peniaga kerana takut ular sawa tersebut membahayakan nyawa orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemu ramah di Pejabat Khidamat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penjaja, Haji Zakaria.

Program gotong royong itu dijalankan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Disember 2018 turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)yang menyediakan peralatan dan tempat pengumpulan sampah bagi menyempurnakan kerja-kerja pembersihan.

Tambahnya, program gotong-royong ini merupakan antara program yang selari dengan dasar kerajaan negeri, iaitu ‘Terengganu Bersih’ lebih-lebih lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Sumber: teganukita

Loading...

1 Comment

  1. Pokamid

    Mana bidionya?
    Setakat bubuh kecik gitu dan cakap je, le ni org tk brp nk ccaya doh!!!

Leave a Reply