Portal berita terbaik anda

Viral

Ulama Mesir alunkan ayat al-Quran sebelum meninggal dunia

KITA mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia.

Antara tanda seseorang itu meninggal dalam keadaan baik ialah melafazkan kalimah syahadah dan meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang warga emas sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran ketika sedang menghadapi sakaratul maut.

Menurut sumber, warga emas itu dikenali sebagai Sheikh Abdul A’ti Ali Abdul Jalil, seorang ulama dan hafiz Al-Quran paling tua di Mesir.

Ketika hayatnya, Sheikh Abdul A’ti sering melakukan amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah termasuklah membaca al-Quran.

Beberapa hari sebelum meninggal dunia, Allahyarham dilaporkan menunjukkan simptom-simptom jangkitan Covid-19 namun punca sebenar kematian beliau tidak dapat dipastikan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalanga orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Loading...

Leave a Reply