Portal berita terbaik anda

Utama

TV3 mohon maaf siarkan kenyataan bahasa Mandarin timbalan menteri

Teo Nie Ching

Pihak TV3 memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching kerana menyiarkan kenyataan bahasa Mandarin menteri itu yang ditujukan untuk siaran berita bahasa Mandarin.

Teo sebelum ini menggesa stesen televisyen berkenaan memberi penjelasan berkaitan siaran berita yang memetik beliau sedang memberi kenyataan dalam bahasa Mandarin sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak.

Jelas Nie Ching beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu, namun diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin.

Permohonan maaf itu dibacakan pemberita Buletin Utama malam ini.

“Pihak TV3 memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan penonton Buletin Utama susulan laporan yang disiarkan dalam Buletin Utama, 2 Oktober 2019.

“Kami menzahirkan rasa kesal di atas penggunaan petikan kenyataan dalam bahasa Mandarin yang sepatutnya digunakan hanya untuk Berita Mandarin di NTV7 dan 8TV.

“Sekali lagi kami memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan,” kata permohonan maaf itu.

Loading...

Leave a Reply