Portal berita terbaik anda

Politik

Tunjukkan BN jalan keluar, PH berjuta kali lebih baik – Ambiga

BEKAS presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan menggesa pengundi ‘menunjukkan jalan keluar’ kepada BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands esok.

Ambiga, yang menggelarkan dirinya sebagai pengkritik utama Pakatan Harapan (PH) berkata, pentadbiran kerajaan pada masa ini adalah ‘sejuta kali’ lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Menulis di Twitter, Ambiga menyeru pengundi luar agar pulang ke Cameron Highlands bagi menunaikan kewajipan mereka.

“Baliklah pengundi luar. Tolonglah jadikan pilihan raya ini macam PRU, undi dan lawan! Inilah apa yang diharapkan calon-calon.

“Anda boleh memperbaiki kehidupan rakyat di Cameron Highlands jika anda membawa perubahan di sini,” katanya.

Ambiga mengulas kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini bahawa BN dijangka memenangi kerusi itu kecuali berlaku “keajaiban” dari pengundi luar.

Lim berkata kemenangan PH juga akan menghalang bekas perdana menteri Najib Razak membuat kemunculan semula dengan menggunakan pilihan raya kecil itu sebagai batu loncatan.

PH meletakkan calonnya, M Manogaran, yang bertanding di kerusi parlimen itu sebanyak kali ketiga manakala BN mempertaruhkan Ramli Mohd Nor, seorang warga tempatan dari suku Orang Asli Semai dan bekas pegawai kanan polis.

Terdapat dua lagi calon bebas bersaing dalam pilihan raya kecil itu.

Loading...

Leave a Reply