Portal berita terbaik anda

Utama

Tulisan Jawi: NGO ajak pelajar ponteng sekolah sebagai tanda protes

KEMENTERIAN Pendidikan perlu menangguhkan pelajaran Jawi atau khat kepada murid sekolah vernakular sehingga mendapat jawapan yang jelas mengenai masalah itu, kata 24 kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Setiausaha Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) Arun Dorasamy berkata, kumpulan itu sedang berusaha mengadakan dialog dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian baik mengenai perkara itu.

Bagaimanapun Arun berkata sekiranya permintaan untuk mengadakan dialog tidak dipenuhi, kumpulan itu akan menyakinkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes.

“Kami mahu dialog diadakan dengan kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kami juga mahu idea memperkenalkan pelajaran Jawi ditangguh sehingga jalan penyelesaian jelas ditemui.

“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Antara kumpulan yang hadir semasa sidang akhbar hari ini ialah Dayak Rights Action Force, Persatuan Anak Borneo Semenanjung, Malaysia Hindu Sangam dan Yayasan Tamil.

Awal bulan ini kerajaan mengatakan akan meneruskan pelajaran Jawi untuk murid Tahun 4 di sekolah vernakular tetapi dengan beberapa penyesuaian.

Keputusan dibuat selepas mendapat bantahan daripada kumpulan pendidkan vernakular.

Loading...

2 Comments

  1. Amrullah Abdul Hamid

    Jika kamu rasa anak kamu akan lebih pintar dengan cara itu maka silakan dan pastikan anak kamu jangan pernah lagi datang ke sekolah.

    Kamu melarang anak kamu belajar jawi secara suka rela. Namun kamu tidak melarang peniaga dari kaum india dan cina menggunakan logo HALAL tulisan jawi untuk kelirukan umat islam negara ini. Saya Jadi adakah kamu fikir kamu adil dan betul dalam perkara ini??

  2. Eiminul Illustrious

    Jangan libatkan kanak2 yang tidak bersalah atas isu korang ini. NGO sila keluar Malaysia.

Leave a Reply