Portal berita terbaik anda

Utama

Tular hotel Cristiano Ronaldo jadi hospital Covid-19 adalah palsu!

Semalam, tular kononnya hotel milik bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo atau CR7 telah diubah menjadi hospital bagi merawat kes Covid-19.

Bagaimanapun hari ini, kakitangan Hotel Pestana CR7 yang terletak di Lisbon itu telah tampil menafikan perkara tersebut.

“Kami adalah sebuah hotel. Kami tidak akan menjadi hospital. Ia seperti orang lain, kami akan kekal sebuah hotel. Kami telah dihubungi oleh media berhubung perkara ini,” demikian kata jurucakap tersebut kepada portal RTL Nieuws.

Hotel mewah di ibu negara Portugis itu turut membantah khabar angin yang dilaporkan oleh media Sepanyol, Marca.

Setakat ini, Ronaldo masih belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

Sejak beberapa minggu lalu, penyerang berusia 35 tahun itu dilihat menzahirkan keprihatinan terhadap penularan COVID-19, selain menggesa orang ramai merujuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ronaldo sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif COVID-19.

Loading...

Leave a Reply