Portal berita terbaik anda

Utama

Tular gambar duduk semeja bersama Nur Sajat, mutawwif disamakan kapitalis tidak bermoral

Gambar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat duduk semeja bersama mutawwif rombongan umrahnya viral di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Antaranya termasuklah pendakwah bebas, PU Rahmat yang kecewa dengan tindakan agensi pelancongan tersebut seolah-olah mereka tidak kisah lelaki itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.

Menerusi perkongsian PU Rahmat di Instagram, beliau turut menyamakan mutawwif dan agensi pelancongan tersebut seperti kapitalis yang tidak bermoral dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

 

View this post on Instagram

 

Bertakwalah pada Allah wahai Mutawif 1) Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan . Dah tu ni apa wahai Ustaz Mutawif ? Minum satu meja sambil sajat pakai tudung ni pun luar jangkaan kah ? 2) Kalau betul Mutawif dan Travel Agency masih ada iman tolonglah jangan benarkan lagi sajat pakai pakaian perempuan di Tanah Haram . Suruh dia ikuti perjanjian yang kononnya ada di antara Kalian dengan Sajat Wujudkah perjanjian itu? 3) Kalau aku tahu kalian melindungi sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan Kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat Saya perlukan penjelasan atas persoalan saya. Saya sedia menerima panggilan daripada Pihak Travel Agency . Call saya di talian 013 9999 894

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat93) on

“Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa Sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan. Dah tu ni apa wahai ustaz mutawwif? Minum satu meja sambil Sajat pakai tudung ini pun luar jangkaan kah?”

“Kalau aku tahu kalian melindungi Sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat,” katanya.

Sehubungan itu, PU Rahmat mahu pihak agensi menghubungi serta memberikan penjelasan kepadanya berhubung isu tersebut.

Loading...

Leave a Reply