Portal berita terbaik anda

Viral

Tular audio tuntut kawasan Selayang diberikan kepada warga Rohingya

Tular di media sosial rakaman audio dipercayai seorang warga Rohingya yang menuntut kerajaan Malaysia agar memberikan hak sama rata kepada pelarian etnik tersebut di negara ini.

Suara yang tidak dikenali itu mendakwa warga Rohingya turut menyumbang kepada ekonomi Malaysia selain menuntut supaya kawasan Selayang diserahkan kepada mereka.

“Beri kami Selayang pun sudah cukup. Lu orang Melayu jangan kacau,” kata suara berkenaan dalam audio berdurasi 48 saat itu.

Namun, sejauh mana kebenaran audio tersebut belum dapat dipastikan sehingga kini.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyifatkan ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan menyebarkan audio palsu untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Sementara itu, penduduk kawasan Selayang Baru telah diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD akan dilaksanakan di kawasan tersebut sehingga 3 Mei depan dan melibatkan enam parcel.

Loading...

Leave a Reply