‘Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahuakbar supaya pelafaznya dapat pahala’ – Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini telah melafazkan sumpah pemegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.

Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selain sifat rendah diri baginda yang kerap turun padang menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat, antara perkara lain yang turut mendapat pujian dan sebutan ramai adalah bagaimana baginda menukar lafaz ‘Daulat Tuanku’ kepada ‘Allahuakbar’.

Sultan Muhamad V akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula 15 Disember ini.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *