Tuan Guru Hadi Awang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Hospital Putrajaya akibat sesak nafas, malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

“Tuan Guru telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 7.50 malam ini akibat sesak nafas.

“Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan penat” katanya.

Ahmad Marzuk berkata, doktor turut memaklumkan Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

“Beliau akan membuat ujian swab di IJN nanti,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mendoakan kesembuhan buat Tuan Guru Hadi.

“Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan terbaik dan segera sembuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *