Portal berita terbaik anda

Utama

Tuah ‘Drama Spontan’, ramai mahu undi Asif dan Yoe jika tercalon dalam ABPBH

DRAMA spontan yang meraih jutaan tontonan di YouTube meletakkan tiga pemuda Kelantan, Syahmi, Asif dan Yoe Parey dikenali dalam masa singkat.

Terbaru, Syahmi telah memuat naik gambar karikatur Asif dan Yoe di laman Instagram berserta caption bertanyakan pengikutnya jika kedua-dua remaja itu tercalon dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun depan.

 

View this post on Instagram

 

Mcm mana kalau 2 org ni masuk ABPBH tahun dpn?? Semua pakat mention @beritaharian kat bwh ni👇👇

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

“Macam mana kalau dua orang ni masuk ABPBH tahundepan?? Semua pakat mention @beritaharian kat bawah ni..,” ujar Syahmi.

Posting itu telah menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata menyatakan sokongan kepda Asif dan Yoe sekiranya mereka berdua tercalon dalam anugerah berprestij itu.

Sehingga kini, posting tersebut telah menerima lebih 3,200 komen dan 130 ribu tanda suka.

Loading...

Leave a Reply