Tonton trailer rasmi pertama ‘Captain Marvel’

Nampaknya Marvel Studios telah melancarkan trailer rasmi pertama adiwira terbaru mereka, Captain Marvel.

Ini merupakan filem pertama keluaran Marvel Studios yang menampilkan watak wanita sebagai hero utama. Melihat daripada trailer filem ini, Carol Danvers telah memiliki kuasa ini ketika turun ke Bumi setelah menyertai pasukan tentera Starforce yang diketuai oleh Mar-vell dilakonkan oleh Jude Law.

Selain Captain Marvel, trailer filem ini juga turut menampilkan Nick Fury dan Agent Coulson ketika muda. Anda teruja dengan filem ini?

Loading...
Published
Categorized as Hiburan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *