Portal berita terbaik anda

Viral

TMJ hadiah lebih 30 buah iPhone 11 untuk pekerja JDT

TELEFON pintar keluaran terbaru Apple iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max menjadi kegilaan ramai setelah tiga model tersebut tiba di Malaysia sejak minggu lalu.

Bagi peminat tegar yang berkemampuan, mereka sudah pasti menjadi antara orang terawal yang beratur di hadapan kedai untuk mendapatkan iPhone berkenaan.

Tapi lebih beruntung sekiranya menjadi kakitangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menerima kejutan berupa iPhone 11 Pro baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

Thank You Boss ❤️💙 @hrhcrownprinceofjohor Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Bukan satu atau lima, tetapi lebih 30 buah telefon pintar diberi TMJ kepada kakitangan-kakitangan beliau sebagai tanda penghargaan yang bekerja keras demi mengharumkan nama negeri Johor.

Perkara itu boleh dilihat menerusi laman Instagram Official Johor yang memaparkan sekumpulan kakitangan mengambil iPhone masing-masing serta mengucapkan terima kasih kepada TMJ.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mengatakan kakitangan TMJ sememangnya bertuah dan tidak kurang ada juga yang berhasrat ingin bekerja di situ.

Macam beli keropok lekor je!

Macam pisang goreng pun boleh!

Dia bagi gitu je!

Nak kerja situ!

Loading...

Leave a Reply