Portal berita terbaik anda

Viral

Dari 120kg ke 65kg, gadis ini kongsi tips diet berkesan

Memiliki tubuh badan yang kurus menjadi impian setiap wanita tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Perkongsian gadis bernama Ain ini membuktikan bahawa tidak perlu mengambil produk kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing.

Dengan mengamalkan diet sihat, Ain berjaya menurunkan hampir separuh berat badannya dari 120kg kepada hanya 65kg sahaja.

Pernah ditinggalkan kekasih kerana gemuk

Menurut gadis ini, setahun lalu dia pernah ditinggalkan kekasih kerana bentuk fizikalnya. Namun dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat.

Kata gadis ini, dia berbadan besar sejak dari sekolah lagi sehingga berasa malu untuk berjumpa dengan orang sekeliling.

Langkah pertama dilakukan oleh gadis ini untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan detoks terlebih dahulu.

Ujarnya lagi, minum air masak 3 hingga 4 liter sehari dan amalkan minum teh hijau.

Menurut Ain, setiap hari dia akan melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit. Selain itu, perlu menjaga pantang dengan mengelakkan minum minuman manis dan berais. Untuk minggu pertama jangan makan segala jenis ‘fast food’.

Rutin setiap pagi, tengah hari dan malam

Antara tips yang dikongsikan lagi, pastikan makan malam tidak lebih dari pukul jam 8 malam dan perlu ambil buah-buahan.

Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsikan oleh gadis ini jika mahu menurunkan berat badan secara sihat. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Loading...

Leave a Reply