Portal berita terbaik anda

Politik

Timbalan Menteri kantoi ‘beli’ ijazah palsu Universiti Cambridge

TIMBALAN Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sejak semalam menjadi perhatian netizen apabila beliau dikatakan telah menipu rakyat Malaysia tentang sijil akademik pengajiannya di luar negara.

Marzuki yang juga seorang senator mendakwa memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, United Kingdom (Bachelor’s Degree in Business Administration from the University of Cambridge).

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga mendakwa beliau mendapatkan ijazahnya melalui pengajian jarak jauh di universiti tersebut.

Namun setelah diperiksa, universiti terbabit tidak menawarkan sebarang pengajian jarak jauh bagi sebarang pengajian ijazah seperti yang didakwa oleh Marzuki.

Berikutan itu, netizen medesak Marzuki agar tampil membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dengan menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehinya ketika belajar dahulu.

Sebelum ini Pengerusi PPBM Pulau Pinang itu dikatakan sedang merebut jawatan menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mungkin akan diumumkan pada Mac ini. – AbuLeman

Loading...

1 Comment

  1. samsul

    Aduh, kantoi ni Dato ni, kalau nak kelepet pun agak2 la, mana pulak cambridge nak offer PJJ business admin pulak teww…

Leave a Reply