Portal berita terbaik anda

Utama

Timbalan menteri diserang strok

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dimasukkan ke wad selepas mengalami strok.

Anuar kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur namun berada dalam keadaan stabil, menurut laporan Malaysiakini yang memetik seorang pegawai Parti Amanah Negara sebagai berkata.

Anuar juga adalah Anggota Parlimen Temerloh dan Setiausaha Agung Amanah.

Pegawai parti itu berkata, imbasan CT (Computed Tomography) menunjukkan Anuar mengalami pendarahan otak.

Bagaimanapun, doktor memutuskan beliau tidak akan menjalani sebarang pembedahan buat masa sekarang. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply