Portal berita terbaik anda

Hiburan

Tiap-tiap hari menangis, Sajat luah rasa rindu pada anak-anak

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat menyatakan rasa rindu terhadap dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.

Luahan tersebut dikongsikan usahawan yang pernah menghasilkan single, Makhluk Penggoda itu menerusi satu entri di Insta Stories, pagi tadi.

Pada masa sama, Sajat turut akui hari-hari menangis mengenangkan dua permata hatinya itu.

“Aku rindu betul anak-anaku. Sumpah aku rindu. Hari-hari aku menangis. Kenapalah jadi macam ini,” tulisnya yang disertakan dengan emoji tangisan.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenai soal penjagaan dua kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu, selepas penjaganya terpalit kontroversi kebelakangan ini.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Sajat sekitar bulan Februari selepas dia dikatakan gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sejak itu Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Loading...

Leave a Reply