Tiada keperluan tubuh RCI, penyelewengan Tabung Haji sudah jelas – Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata tidak ada keperluannya untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji (TH) semasa era pentadbiran BN.

Hal itu katanya, memandangkan segala penyelewengan telah dikenal pasti dengan jelas melalui penyiasatan yang dijalankan sebelum ini, malah laporan polis juga telah dibuat ke atas mereka yang terlibat.

“Kerajaan hari ini melihat melihat proses pemulihan TH berjalan lancar seperti laluan (track) dia.

“Kita telah kenal pasti penyelewengan-penyelewengan itu hatta sebelum tertubuhnya RCI. RCI tak tubuh pun sangat jelas laporan bebas PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan (penyelewengan). […]

“Apa lagi yg nak buat apabila benda tu (penyelewengan) terlalu jelas?” soalnya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali, Kuala Lumpur.

Beliau disoal pemberita tentang desakan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya segera menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam TH semasa era BN.

Asyraf mendakwa pelbagai “fitnah” dibuat terhadap BN seperti, katanya, defisit RM41 bilion akibat pembayaran hibah dilakukan secara haram oleh pentadbiran lama.

Mengulas mengenai desakan Asyraf itu, Mujahid menzahirkan kepelikannya mengapa Asyraf tidak “bising” mendesak perkara sama semasa dia berada dalam kerajaan dahulu, malah memegang jawatan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) ketika itu.

Sedangkan kata Mujahid, surat amaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikeluarkan sejak tahun 2015, 2016 dan 2017 tentang pemberian dividen yang tinggi, tidak padan jika dibandingkan nilai aset dan tanggungan.

“Kenapa waktu itu Ketua Pemuda Umno tak bising nak buat RCI? Sedangkan RCI itu duduk di mana? Kuasa dia, bukan saya.

“Tapi kalau BN terus memerintah, saya yakin, saya akan tuntut untuk buat RCI, sebab tidak telus.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *