Portal berita terbaik anda

Viral

Tiada aksi gunting baju dan merempit tak tentu hala, pelajar SPM ini rai tamat peperiksaan dengan sujud syukur

TULAR di media sosial coretan seorang guru mengenai pelajar-pelajarnya yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM.

Menurut Cikgu Muhammad Yusof yang bertugas di SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, tidak seperti tahun-tahun sudah, hari akhir SPM tahun ini dirai dengan sujud syukur kepada Allah.

Cikgu Muhammad Yusof juga meminta netizen agar mendoakan pelajar-pelajarnya lulus dengan cemerlang serta menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Baca coretan beliau di bawah:

Hari ni budak-budak ‘kelas belakang’ habis SPM. Walaupun ‘kelas belakang’ tapi mereka-mereka inilah yang rajin tegur cikgu-cikgu kat luar.

Kalau jumpa kat pasar malam, sebatu mereka dah jerit ‘cikggguuuu….’, siap berebut nak salam cium tangan cikgu.

Dalam kepala saya sentiasa tersemat mereka-mereka ini adalah anak-anak yang cemerlang kemenjadian dan sahsiah mereka.

Hari ini last dorang periksa dan Alhamdulillah, dorang akhiri sesi persekolahan mereka dengan sujud syukur.

Takde tarian atas motor, takde aksi gunting baju atau aksi merempit tak tentu hala.

Ya, mereka mengakhiri SPM mereka dengan ingat pada Tuhan.

Tahun ni budak-budak ni diuji dengan Covid, jadi boleh tak saya nak ambil masa sikit nak mintak semua rakan followers saya, mari kita sama-sama doakan semoga semua anak-anak murid yang ambil SPM tahun ni akan lulus SPM dorang dengan cemerlang dan jadi manusia yang berguna.

Saya yakin dalam ramai-ramai kawan followers saya mesti ada yang mustajab doanya. Ya Tuhan, perkenankanlah doa kami..

Loading...

Leave a Reply