Portal berita terbaik anda

Viral

Thermomix viral meletup, wanita ini melecur tahap dua

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu mesin yang memudahkan urusan memasak di dapur. Mesin dikenali sebagai Thermomix itu berharga RM7,188 sebuah dan mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama.

Mesin tersebut menerima pelbagai komen positif dari para pengguna malah ia turut menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti, Anis Nabilah.

Namun, tahukah anda beberapa tahun lalu telah berlaku kejadian menggemparkan apabila mesin tersebut meletup ketika beroperasi sehingga menyebabkan penggunanya melecur tahap dua.

Kejadian yang berlaku pada 2016 melibatkan seorang wanita di Perth, Australia ketika mangsa sedang menyediakan juadah makan malam buat ahli keluarganya.

Menurut mangsa, Danika Jones, dia sedang memasak sos pasta sebelum mesin Thermomix itu mengeluarkan bunyi bising lalu penutupnya terbuka dan mennghamburkan sos panas ke badannya.

Difahamkan, 80 ribu Thermomix berjaya dijual di Australia pada tahun itu dan apa yang mengejutkan, insiden itu bukanlah kali pertama yang berlaku kepada penggunanya.

Berikutan itu, pihak Thermomix telah didenda sebanyak $4.6 juta kerana berbohong mengenai keselamatan produknya dan tidak memberi pembayaran balik untuk tuntutan yang dibuat.

Apapun, kes itu telah lama berlaku dan melibatkan model lama TM31 yang penuh kontroversi.

Untuk model terbaru, Thermomix TM5, dan Thermomix TM6 masih belum ada sebarang laporan berkenaan alat ini meletup dan sebagainya.

Keselamatan peralatan elektrik semestinya terletak pada pembekal yang menjual barang yang berkualiti tinggi dan tiada kerosakan atau faulty serta kecacatan atau defect.

Namun sebagai pengguna, kita juga harus mengamalkan langkah-langkah keselamatan atau best practice apabila menggunakan barang elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Loading...

Leave a Reply