Portal berita terbaik anda

Utama

Tengku Zafrul ganti ‘Nobita’ sebagai Menteri Kewangan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baharu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, sebentar tadi.

Tengku Zafrul menggantikan Ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng atau Nobita yang hilang jawatan selepas Pakatan Harapan tumbang pada 24 Februari lalu.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin, 72 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Loading...

Leave a Reply