Portal berita terbaik anda

Utama

Tempoh kawalan mungkin dilanjutkan jika rantaian jangkitan tak putus – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rantaian jangkitan tidak terputus dalam tempoh dua minggu ini.

Oleh demikian, beliau merayu orang ramai untuk berada di rumah dalam tempoh dua minggu ini, bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.

“Kita mahu supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan supaya jumlah orang dijangkiti COVID-19 dikurangkan.

“COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu. Selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas COVID-19.

“Jika tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu adalah penting untuk kita asingkan diri dan keluarga dari terdedah, dengan berada di rumah,” katanya.

Loading...

Leave a Reply