Portal berita terbaik anda

Hiburan

Tasha Shilla selamat bernikah selepas seminggu bertunang

Selepas bertunang pada minggu lepas, pelakon cantik Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris di Masjid Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

Tasha atau nama sebenarnya, Nastashasheila Abdul Razak, 33, dinikahkan sendiri bapanya dalam satu majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga terdekat masing-masing.

Pada majlis itu, Tasha yang mengenakan persalinan serba putih menerima mas kahwin sebanyak RM800 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Terdahulu, pada 23 Februari lepas, Tasha dan Atiq mengikat tali pertunangan selepas dua bulan berkenalan.

Loading...

Leave a Reply