Portal berita terbaik anda

Utama

Tangisan keluarga iringi pemergian anggota ATM ke Lubnan, cetus hiba

SUDAH menjadi lumrah, bertugas sebagai anggota tentera memerlukan pengorbanan dalam banyak perkara termasuklah masa bersama keluarga demi berbakti untuk negara.

Semalam, kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) telah diterbangkan ke Lubnan untuk menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) dan akan ditempatkan di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin menerusi kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL.

Majlis penghantaran kumpulan itu di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang turut menyempurnakan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia.

Tangisan iringi pemergian

Menerusi video dan foto yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, memaparkan suasana pilu ketika kesemua anggota mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga masing-masing.

Dapat diperhatikan, beberapa anggota dan ahli keluarga tidak dapat menahan sebak semasa diberi peluang untuk meluangkan masa seketika, sebelum mereka bepisah untuk jangka masa yang lama.

Pasukan MALBATT 850-7 yang diketuai oleh Kolonel Khairul Anwar Soib akan dianggotai 50 pegawai serta 165 anggota termasuk dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Selamat jalan perwiraku

Melihat pengorbanan yang terpaksa ditempuhi Anggota Tentera Malaysia, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan doa agar semua anggota terlibat selamat pergi dan pulang.

Loading...

Leave a Reply